Ahlan wasahlan...
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu." (HR Al Hakim dan At Tabrani)
salam ukhwah sahabat.. hari ini sudah masuk hari ke 7 kita menyambut Ramadhan.. Alhamdulillah,nikmat itu masih lagi kita kecapi sehingga hari ini.. Namun apakah amal kita bertambah seiring dengan usia kita yang semakin meningkat ini.. Ayuh sahabat, bersama-sama kita perbaiki diri,supaya bulan yang mulia ini bukanlah bulan yang sia-sia bagi kita,supaya ramadhan kali ini memberi natijah yang sempurna buat kita...
Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”
Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.”
Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
Salam Imtihan dari kami kuliah Pismp04 utk sahabat2 seperjuangan... Moga kita dapat lakukan yang terbaik utk exam kali ini.. kuatkan tekad,teruskan azam..!!
Seorang anak mendptkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan mkn mlm di dapur, lalu menghulurkan sekeping kertas yg brtulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tgn di apron menyambut kertas yg dihulurkan si anak lalu membacanya.
KOS UPAH MEMBANTU IBU :
Tolong pergi kedaiRM4.00
Tolong jaga adikRM4.00
Tolong buang smphRM1.00
Tolong kms bilikRM2.00
Tolong siram bungaRM3.00
Tolong sapu smphRM3.00
JumlahRM13.00
Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak smbl sesuatu brlegar2 difikirannya. Si ibu mncapai sebtg pen dn menulis sesuatu di blkng kertas yg sama.
Kos mengandungkan kamu selama9 bulanPERCUMA
Kos brjaga mlm krn menjagamuPERCUMA
Kos air mata yg menitis keranamuPERCUMA
Kos kerunsingan krn bimbangkanmuPERCUMA
Kos menyediakan mkn minum,pakaian & kprluanmuPERCUMA
Jmlh keseluruhan nilai kasihkuPERCUMA
Air mata si anak brlinang stlh membaca apa yg ditulis oleh si ibu..
Si anak menatap wjh ibu, memeluknya dn brkata,”saya sayang ibu.”
Kemudian si anak mengambl pen dn menulis ‘telah dibayar’ pd muka surat yg ditulisnya.
Diriwayatkan : Seorang tlh brtemu Rasulullah s.a.w dn bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yg paling berhak mndpt layanan baik dariku?” Rasulullah mnjawab, “ibumu” (dan diulang sbnyk 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu”
"Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta,pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis,kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah,keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang tatkala perjalanan begitu sukar,kerinduan padanya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat.."
Alwaktu...
Kalendar..
Mutiara
"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi)