pismp_04

Siap siaga untuk menjadi murabbi..…..
Sedar tak sedar bahawa masa untuk kita menuntuk ilmu di sini tinggal berapa lama lagi. 2 tahun saja lagi untuk kita menjadi seorang murabbi. Satu tempoh masa yang sangat sinkat…Tetapi adakah ilmu kita sudah mencukupi dalam menjalani detik-detik waktu seterusnya di sekolah nanti…apabila ditnya oleh murid atau ibu bapa yang mahu beljar dengan kita..adakah jawapan kita tidak tahu.. atau lupa.. mengampai telefon bimbit tetapi line xdak..


Adapun di pendalaman, kemungkinan kita kan diposting seorang diri… takde kawan nak teman.. tapi, waktu tu baru kita sedar bahawa ilmu itu penting.. malah kalau tak ingat lagi jadi masalah.. maka, gunakan peluang yang ada agar kita menggunakan peluang kita dalam membawa sinar dakwah islam di sana. Tambahan perempuan yang perlu mempersiapkan diri. Apatah lagi seorang ustaz,guru anda perlu siap siga menghadapi masa yang akan datang sama ada seorang diri atau sebaginya…khidmatkan diri dalam masyarakat…
Gunakan peluang ini. Jangan kita menolak pengalaman yang ada di sini.. gunakan kesempatan umpama mengembara bahtera di lautan yang luas. Gunakan bahtera untuk mengemudi di setiap penjuru ilmu dan pengalan. Nescaya tidak akan sia-sia.


Merendah diri….
Namun apabila kita sudah menjadi seoran yang berilmu jangan kita lupa kita sebgai hamba… jauhkan diri dari bersifat sombong,riak dengan ilmu yang ada. Seimbangkan dengan amalan kepada Allah. Jauhkan dirimu kepada sifat takbur.. bercakap baik sesama manusia. Lihatlah para nabi Muhammad SAW akhlak yang suci hingga orang kafir memeluk islam.. jadi jadikan medan dakwah kita yang terbaik semasa menuntut ilmu… lihatlah sahabat agar tunduk dan memahami perasaan orang lain..





Islam mementingkan saudaranya..
Dalam menjalani kehidupan sesorang,,, islam menjaga hati sesama saudara seislam.. tidak menyakitkan hati orang lain.. berlemah lembut dalam berbicara.. lihatlah cahaya islam..begitu indahnya islam itu..sehingga jika berposa diajak makan maka hendaklah berbuka bagi menjaga hati orang lain.. jangan bermusuhkan..walaupun terpaksa menahan diri dari marah di dalam hati..mintalah paa Allah..bersabar terhadap dugaan..lihatlah seperti Imam Ghazali.. begitu indahnya akhlak para ulama yang mengarang kitab-kitab yang menunjukkan akhlak yang mulia..



Ingatlah kepada Allah nescaya akan bahagia..
Dalam hidup kadang kala kita lupa kepada Allah..sembahyang hanya sekadar mepaskan tanggungjwan sebagai seorang muslim..tetapi hakikatnya hati masih tidak sampai kepada Rabb.. masih tidak mendapatkan kekusyukan dalam solat.. tidak pernah menitiskan iar mata kerana Allah dan Rasul.. tak pernah mengingati pengorbanan nabi dalam mengtauhidkan Allah..lupa kepada suruhan malah kita melakukan pa yang dilarang.. patah lagi dalam mengingat keadaan di padang masyar..kerana manusia yang berdepan dengan amalan-amalan di dunia..sama ada baik atau buruk..kita masih leka dan lalai dalam kehidupan dunia… kembalilah kita kepada Allah…



Tingkatkan amalan..
Jauhi maksiat tingkatkan keazaman.. asalkan terus lupakan maksiat dan dosa..sibukkan diri dengan majlis ilmu dan amalan yang boleh menjadi seorang muslim yang berbakti kepada agamnya.. bawakan sinar dakwah.. jadikanlah kita sebagai pewari snabi yang menbawa panji-panji islam… dalam menguatkan kekuatan..banyakkan qiamulail.agar roh menjadi power dan aura yang boleh menjadi roh perjuangan dalam medan dakwah…


nurul
pismp_04
pismp_04
semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. harungi dengan senang,mudah... jangan lupa nak praktikum yer bln 3 nanti.....salam perjuangan...........











putera_
tulipss
salam maal hijrah 1431h......

sama- kita brhijrah mnuju ke arah redhaNya....
hijrah itu menuntut pengorbanan
pengorbanan perlukan kekuatan
kekuatan itu datangnya dari sokongan dan semangat
semangat yang pantang mengalah
semangat juang yang terus berkobar-kobar
semangat yg bukannya manis di bibir
tapi semangat yang sentiasa terus menerus
istiqamah...............
usah gusar pada kekuatan yang ada
kita punya kekurangan...
tapi kita sentiasa diberi kekuatan........

salam maal hijrah buat sahabat yang disayangi sekalian.............

salam ikhlas............
pismp_04
SELAMAT menjalankan tugas kepada KETUA DAN PENOLONG 2010:

ustaz Muhammad Syakir Hashim
dan
ustazah Nur Diyana Mohamad


buat yang terbaik...
pismp_04

Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Labels: 0 bicara | | edit post
pismp_04
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Ukhwah..Salam Perjuangan buat jiwa-jiwa yang tegar dan istiqamah di medan perjuangan yang sebenar..Semoga Allah membantu Kita dalam setiap langkah yang diperbuat..

Selamat bercuti buat sahabat2 yang sudah lama kita kenali hati budinya, sepanjang 3 tahun ini..Alhamdulillah,semoga ukhwah kita bertaut atas dasar Allah S.W.T..
Sedikit pesanan buat cuti ini...:)
~jaga diri masing-masing~
~jaga iman waktu cuti ni; solat berjamaah,tilawah Alquran, solat sunat lain( jgn lupe ye)
~lakukan aktiviti yg bermanfaat~
~jadi anak yg baik,tolong ibu bapa dirumah~
~persiapakan diri utk praktikum thn depan...:)

Semoga ketemu lagi tahun depan..InsyaAllah...
Labels: 0 bicara | | edit post
pismp_04
selamat menghadapi peperiksaan ini,

mohon maaf diucapkan kepada anak-anak buah sepanjang tahun ini dan sepanjang menjadi rais yang serba lemah ini.. pada tahun ini banyak yang telah kita tempuhi ada yang suka duka dan banyak lagi. tambahan pula dengan banyak pembaharuan yang dilakukan oleh pihak atasan.. bagi mereka yang terlibat diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.. moga Allah yang mampu membalasnya.. di harap sepanjang jalan yang dilalui ini dapat diambil kpengalaman.. diharap agar dapat memberi komitmen kepada ketua yang berikutnya selepas perletakan jawatan ini....
salam imtihan dan mohon maaf kepada semua anak buah terutama < ket,haim,fety,sa,ain,dilah,yana,wani,DJ,bak,mah,gee,cud,robek,raihani,jar,fareh>



mantan rais fash....
pismp_04





pismp_04

KHAS UNTUK TATAPAN SAHABAT SEMUA.....:)

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…

Labels: 0 bicara | | edit post