DilFa

Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”

Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Labels: 0 bicara | | edit post
pismp_04

Salam Imtihan dari kami kuliah Pismp04 utk sahabat2 seperjuangan...
Moga kita dapat lakukan yang terbaik utk exam kali ini..
kuatkan tekad,teruskan azam..!!
Labels: 1 bicara | | edit post
pismp_04

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendptkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan mkn mlm di dapur, lalu menghulurkan sekeping kertas yg brtulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tgn di apron menyambut kertas yg dihulurkan si anak lalu membacanya.

KOS UPAH MEMBANTU IBU :

Tolong pergi kedai RM4.00

Tolong jaga adik RM4.00

Tolong buang smph RM1.00

Tolong kms bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM3.00

Tolong sapu smph RM3.00

Jumlah RM13.00


Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak smbl sesuatu brlegar2 difikirannya. Si ibu mncapai sebtg pen dn menulis sesuatu di blkng kertas yg sama.

Kos mengandungkan kamu selama 9 bulan PERCUMA

Kos brjaga mlm krn menjagamu PERCUMA

Kos air mata yg menitis keranamu PERCUMA

Kos kerunsingan krn bimbangkanmu PERCUMA

Kos menyediakan mkn minum,pakaian & kprluanmu PERCUMA

Jmlh keseluruhan nilai kasihku PERCUMA

Air mata si anak brlinang stlh membaca apa yg ditulis oleh si ibu..

Si anak menatap wjh ibu, memeluknya dn brkata,”saya sayang ibu.”

Kemudian si anak mengambl pen dn menulis ‘telah dibayar’ pd muka surat yg ditulisnya.

Diriwayatkan : Seorang tlh brtemu Rasulullah s.a.w dn bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yg paling berhak mndpt layanan baik dariku?” Rasulullah mnjawab, “ibumu” (dan diulang sbnyk 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu”


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Labels: 1 bicara | | edit post
pismp_04
Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda, dan para pejuang yang sama-sama berada di atas kalimah tauhid yang sama..
Alhamdulillah,,diberikan Allah kesempatan utk melihat blog ni,stelah bape minggu terbiar.Sejak akhir-akhir ini,,kerja makin banyak..dan masa tu cukup2 untuk kerja2 yang perlu disiapkan dahulu..tambahan pula exam yg kian hampir..
insyaAllah...jika dizinkan Allah..ade mase blog ni akan terisi dengan nasihat2 untuk kita dan juga perkara2 yang berkaitan dengan kuliah..moga urusan dipermudahkan...
Labels: 0 bicara | | edit post